Feb 1, 2011

" Titik Hitam D'hati "

Wahai teman2...kongsi lah setiap ilmu yang kita dapat...kerna ia adalah ibadah..maaf sekiranyer ade kesilapan...yang baik datang dari allah dan buruk itu datang dari diri kita sendiri...

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana?
Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca didalam hati).



Ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu
mengutamakan usahaku ya Allah. 
Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku yaAllah. 
Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku yaAllah.  
Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam
kehidupan ini ya Allah.
Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjukdaripadaMu ya Allah. 
Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu yaAllah. 
Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. 
Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. 
Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah. 
Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. 
Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. 
Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah.
Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. 
Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah. 
Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. 
Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. 
Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. 
Aku tidak berdaya untuk memiliki apa‐apa usaha pun ya Allah. 
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. 
Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.
Ya Allah...ampunilah diriku........



***Sedarilah bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan‘aku’ di dalam doa adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit‐sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.
Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.

(Xbegitu AWK!!)

2 comments:

  1. nice..k.lia jgn lupa g kt blog wani gak ek...
    br je wat semalam...hehehehe
    http://taksukamenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ok....thnks fr follow me...
    muuaaah...
    slalu2 jengah blog akak ok....

    ReplyDelete